Tuesday, 2 August 2016

RESEPI RENDANG IKAN SIMPLE SEDAP

Assalamualaikum

Hai chubby de bunniess, muah ciked! Hari ni miss LP update post cara dan resepi buat rendang ikan bersama 2 ketul ayam. Actually kan uollss, iolls sejujur dan tulusnya nak buat masak percik meqercik hawaw, tapi taktau paseipa campak punya campak bahan-bahan tetiba jadik rendang. Hahaha pelik kan? Mungkin letak daun kunyit & daun limau purut cikit, that’s why, daboomm! jadi rendang. Eksyen sangat nak bagi aroma pelik-pelik, pastu nahh hambekkaww. Tanjat gegurl first time boleh masak rendang teehee. 

Jangan risau, Miss memang tersilap buat masak peqercik, tapi sumpah iolls cakap, rendang ni tobat sedap! Mak Miss pon puji, siap tanya letak apa lagi? padahal main baling jaa dalam blender hikhik. Bukan senang chef dalam rumah ni nak puji masakan anak didik dia. Miss bagi anak buah rasa, dia tanya sapa masak? Of course laa iolls masak, dia buat muka tanjat beruk. Hello ingat hachik tak reti masak ke? -.- and lastly dia cakap, “sedap laa achik” dengan mata yang membutang berserta anggukkan yang bersungguh-sungguh. Wahhh kembang kempis hidung Miss hikhokk -..-

Amboihh panjang naww muqadimah hehe. Excited ciked hikhik

Bahan-bahan
6-8 ketul ikan tongkol atau ayam
2 cawan santan pekat
Daun kunyit *dihiris nipis-nipis
Daun limau purut *dipotong tengah
Bahan-bahan dikisar/blend
3 bawang merah
½ bawang holand/bawang besar
5 ulas bawang putih
½ ibu jari halia
10-15 cili kering
5-6 biji lada hitam *ditumbuk
4 batang serai *dihiris nipis-nipis
½ ibu jari lengkuas *dipotong dadu
2 ibu jari kunyit hidup *dipotong dadu
3 sb air asam jawa
1 sb Madu *optional
Sedikit air
*Blend kesemua bahan-bahan di atas sehingga menjadi pes, tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Kalau nak lagi pedas, boleh tambah 3-4 cili padi.
Cara-cara

  1. Masukkan ikan atau ayam ke dalam kuali, better kuali non stick. Sebab nak buat rendang kena masak lama, dan kuah perlu pekat.
  2. Siram bahan-bahan yang diblend tadi ke atas ayam atau ikan.
  3.  Masukkan santan ke dalam kuali.
  4. Biarkan mendidih seketika dan masukkan perasa garam, gula, MSG, pasti sedap ka, secukup rasa kaa, tak kisah dah.
  5. Masak sampai kuah pekat. Jangan terlalu kerap flip ikan, nanti tekstur ikan dah tak elok dan hancur. Api sederhana ye.
  6. Bila dah nak masak, gunakan api kuasa turbo dalam 2 minit (actually Miss dah xsyabarrr nak merasa percik rendang ni) hikhik. Kalau rasa tak selamat, kekalkan api tu ye.
  7. Dah siap angkat dan hidang. Kalau Miss suka kuah yang sangat pekat, tapi kalau de bunnyss suka berkuah tu boleh laa tutup api awal cikit. Hidang dengan ketupat palas kaa nasik impit ka perghh emm dap aih!
Miss tak buat pon ketupat or nasik berimpit tu, im not superwoman okeyh nak buat kerja melipat daun palas satu hal, rebus nasik terimpit satu kes. Makan dengan nasik panas-panas pon dah sedap.


Ermm teringat laa pulak rendang tu, dengan isi ikan yang lembut, cetusan rasa, flavor dan aroma yang meletup-letup dalam mulut bila mengunyah, hadoiii im starving right now T_T Ok lah I nak masak pulerk ni.

Itu saja perkongsian resepi Miss Lesung Pipit hari ni, semoga berjumpa lagi chubby bunny sekelian! jangan lupa #resepilesungpipit di INSTAGRAM!

Tataaaaaaaaaaaaaa

Spread ur loves XOXO, Assalamualaikum




No comments:

Post a Comment