Wednesday, 3 August 2016

RESEPI POPIA SAYUR RANGUP DAN SOS

Assalamualaikum

Hai salamat sore mbak dan mas jokokk. Kali ni yaa miss mau mengongsi salah satu risipi kegemaren miss. Kalo masa puasa, miss selalu berbuka dengan kueh ini. Waduh-waduh pakk, rasanya enak banget. Diluarnya crunchy dan di dalamnya penuh seribu rasa. Jadi, hari itu ya miss ada beli spring roll pastry atau pon orang desa manggil’in kulit popia. Pulang aja dari kedai, terus buat. Waduhh enggak sabarr mau masak!

Ok aku malas nak cakap indon, makin lambat aku taip sebab otak aku terbelit nak translate. Haha. Resepi ni memang sedap makan petang-petang dengan family, tambah pulak dengan secangkir teh o atau pun kopi, memang perghhh terangkat beb!

Ok jom kita tengok bahan-bahan dia.

Bahan-bahan
Kulit popia (cover dengan kain basah untuk elak kering)
½ bawang holand atau 2 bawang merah *dicincang
2 bawang putih *dicincang
Pelbagai sayur antaranya:
Sayur campur, kobis, taugeh, carrot, bunga kobis, sengkuang, kacang panjang, buncis, cili atau apa saja yang bersesuaian.
1 telur *optional
Garam, gula dan perasa
1 ½ sb minyak untuk menumis

Cara-cara
  1. Potong kecil-kecil atau sagat sayur yang ingin ditumis (miss pakai sayur kobis, bunga kobis dan carrot) 
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Masukkan sayur yang dipotong.
  3. Masukkan perasa, garam dan gula. Masak sampai sayur lembut. Kemudian, angkat dan toskan dalam penapis.
  4. Hamparkan 1 helai popia dan letak ¾ sudu besar sayur. Lipat kulit popia (rujuk belakang plastic labelling, ada cara lipatan popia).
  5. Panaskan minyak kemudian goreng popia sehingga keperangan dan angkat.

Bahan sos popia
3sb cili kisar (1 ½ genggam cili kering direbus, buang biji + 1 bawang besar + 3 bawang putih + ***blend semua dengan sedikit air)
1sb cuka
½ cawan air
1 ½ sb gula (boleh adjust kemanisan)
Garam dan perasa tambahan
1 bawang putih *dicincang

Cara-cara
  1. Tumis cili kisar dengan sedikit minyak, masukkan air dan bawang putih yang dicincang
  2. Masukkan cuka, garam, gula dan perasa. Api sederhana kuat.
  3. Masak sampai sos sambal popia ajak pekat, adjust rasa ikot sedap tekak.
  4. Kalau kuah dah pekat tapi sambal belum masak dan masih rasa cili kering, topup air lagi. Masak sampai hilang rasa cili kering. Kepekatan sos ikot citarasa individu
  5. Tutup api then tuang atas popia yang dah digoreng. Boleh tabur bijan kalau nak. Wallah!


popia sayur yang miss buat. lapar pulak tengok gambar ni 

Bapak ahh simple gila kot. Sedap pulak tu. Taktau laa bagi korang sedap kaa tak, tapi bagi miss yang gila popia ni, memang tak boleh lari dari melompat gumbire sambil mengunyah popia pehhh pehh pehhh! Daebakk!

Itu saja perkongsian resepi Miss Lesung Pipit hari ni, semoga berjumpa lagi chubby bunny sekelian! Jangan lupa #resepilesungpipit di INSTAGRAM!
Tataaaaaaaaaaaaaa

Spread ur loves XOXO, Assalamualaikum




No comments:

Post a Comment