Tuesday, 2 August 2016

RESEPI PUDING ROTI KARAMEL KUKUS LEMBUT

Assalamualaikum

Bello bello de chubby bunniesss! 
Harini miss nak kongsi resepi pusing roti caramel menggunakan kaedah kukus. Resepinya miss main bedal je, Alhamdulillah menjadi jugak. Ihiks! 
So, jom kita lihat senarai ramuan

Ramuan karamel/gula hangus
½ cawan gula pasir
¼ cawan air
Cara memasak gula hangus:

  1. Masukkan gula pasir kedalam kuali non-stick. Masak dengan api sederhana.
  2. Bila gula start dissolved, masukkan air. Hati-hati yer sebab gula meletop-letop time ni
  3. Masak sehingga gula larut dan bertukar warna keperangan
  4. Tuang caramel ke dalam Loyang dan ketepikan

Ramuan pudding
4 telur
1 cawan susu cair
1 cawan air suam
½ cawan susu pekat
5 keping roti gardenia
1sb mentega/marjerin cair *cadangan*
1sk garam
Cara - Cara (puding)
  1. Panaskan kukusan sehingga mendidih.
  2. Pecahkan 4biji telur ke dalam mangkuk dan masukkan sedikit garam
  3. 4 keping roti gardenia dicarik-carik dan campak dalam blender
  4. Tuang susu cair, air suam, telur, susu pekat dan marjerin ke dalam blender. Kalau blender kecik, buat 2 kali.
  5. Blend sampai hancur dan tuang ke dalam loyang yang ada caramel. Calit sedikit adunan untuk rasa, kalau ada nak tambah or kurang boleh adjust sesiap.
  6. Kukus sehingga 40minit atau sehingga tiada sisa puding bila cucuk dengan garfu. Masak dengan api sederhana

Siap! 
Biarkan seketika sehingga suam, jangan terus masukkan ke dalam peti sejuk, karang petisejuk rosak pula. Tak pasal viral peti sejuk bodoh season 2 wahaha. 

Dah suam, masukkan loyang  ke dalam peti sejuk 2-3jam. Pastu terbalikkan loyang ke dalam bekas.. anddd taraaa dah siap ! puding korang dilimpahi caramel emas. Ummphhh!

Boleh buat coklat ganache dan siram atas puding ke, letak scoop aiskrim vanila ke, ataupon piping whipping cream. emmm dap eh! Ikot selera dan tahap kerajinan korang laa. Kalau miss lebih suka makan caramel bogel macam tu. Hehe

Jangan risau, bila letak dalam petisejuk, pudding memang akan mendap.. don’t worry, sebab pudding memang enak bila dimakan sejuk-sejuk.

Tips!
Mungkin sesetengah orang tak tau cara membasuh kuali dan senduk bila caramel bertukar keras. Tips untuk membuang caramel ni senang je, xpayah tonyoh dengan berus dawai, Cuma tuang air ke dalam kuali, biarkan sehingga mendidih, gula akan larut ke dalam air! 

Semoga berjumpa lagi chubby bunny sekalian.

Selamat mencuba!
Tataaaaaaaaaaaa 

Spread your loves! XOXO

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment