Wednesday, 3 August 2016

RESEPI DAGING STEW & GARLIC BREAD GARDENIA

Assalamualaikum

Selamat malam my debunnyyy. Entry kali ni miss nak terobekk masakan masa bulan puasa haritu. Ada request dari someone suruh buat stew daging, nak-nak tu peberet dia pulak, hikhik. Jadi miss try buat. Sebelum ni pon dah penah masak stew, stew ayam. Hehe minat naww dengan stew daging.

Lepas berbukak, ada lebihan sikit. Nak tinggal untuk sahur macam tak cukup. Kalau buat untuk moreh ni, mesti cukup. sebab time moreh tak makan banyak mana pon.
Bila search kat tokwan gugel, rupanya stew ni sedap jugak kalau dicicah dengan bread. Jadi serta merta nafsu makan aku membisik nak suruh buat garlic bread, dah alang-alang ada roti gardenia tu kann.

Resepi dia sangat simple. Miss guna roti gardenia ja untuk garlic bread, memang menjadi. Ranggup-rangup lagi. Senang sangat, 3 bahan saja.

Bahan-bahan perap daging
2 cawan daging dipotong kuib
1sb tepung gandum
1sk lada hitam *ditumbuk halus
Garam dan perisa
Serbuk dry oregano/thyme/rosemary/basil *optional
****perap selama 3jam dan goreng sampai masak dan angkat.

Bahan-bahan stew daging
½ bawang besar/holand
4 bawang putih
1 kentang (belah 6/8)
½ carrot
2 cawan air
1sk lada hitam (ditumbuk halus)
1sb tepung gandum/ubi/jagung (dibancuh bersama 3sb air)
Serbuk dry oregano/thyme/rosemary/basil *optional
Garam, gula dan perasa
Minyk untuk menumis

Cara-cara:
  1. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan kentang dan 1 cawan air
  2. Biarkan mendidih, masukkan daging dan carrot.
  3. Masukkan 1 cawan air lagi untuk melembutkan kentang dan carrot. Masak stew memang makan masa sikit naa. Kekalkan api sederhana kecil
  4. Tekan kentang dan carrot dengan garfu untuk test sama ada dah masak atau belom. Kalau dah lembut, masukkan bancuhan tepung untuk memekatkan kuah
  5. Kecilkan api, kemudian perasakan dengan garam, gula, perasa dan serbuk-serbuk optional.
  6. Bila dah pekat sikit baru tutup api. Siap!

Bahan-bahan garlic bread
7-8 roti gardenia
3 bawang putih *dicincang halus
3sb mentega
Sedikit garam, perasa dan lada hitam

Cara-cara:

  1. Satukan kesemua bahan kecuali roti dan masuk ke dalam oven pada suhu 180c, sehingga mentega cair. Sekiranya takdak oven, panaskan dalam kuali. Jangan sampai bawang putih tukar keperangan. Angkat
  2. Sapu campuran mentega pada roti dan bakar pada suhu 160c selama 7-9 minit. keep on eye bila dah 7 minit, sebab roti dah start keperangan dan cepat hangus.
  3. Kalau takdak oven, bakar atas kuali nonstick dengan api sederhana kecil sehingga warna keperangan.
  4. Siap!

 Cicah dengan stew daging apa nak kata braderrr. Tak pandang orang kiri kanan dah. Roti dah habis baru angkat kepala. Seriously, ngam sangat combination dedua ni, tak nyesal mengayang kat dapur. 

Ni resepi wajibul try, senang dan simple dan sedap! Paling penting babyfat dalam peyut melompat gumbire dapat adik baru. Alahhh gemok lagi aku!.

My husbengg aku nanti kena timbang berat sebelum kawin vs berat lepas kawin. Shuuuwerr berat naik mencanak, perut jalan ke depan dulu hakhak. Sama-sama kita ternak family fat ye awakk hikhik

semoga berjumpa lagi chubby bunny sekalian, Selamat mencuba! Jangan lupa #resepilesungpipit di INSTAGRAM
Tataaaaaaaaaaaa

Spread your loves! XOXO

Assalamualaikum



No comments:

Post a Comment