Assalamualaikum
Hello de
chubby bunnies! Ada yang ngidam ayam kepci yang spicy dak? Hehe meh sini miss
nak ajar cara buat ayam kepci, low cost punya! Gerenti menjadi dan sodap!
Jangan risau, mungkin not 100% sama rasa dengan kfc, tapi resepi ni boleh buat
korang hilang ngidam tu, jimat bajet tau. Itu yang penting. Hikhik
Anak buah pon
suka, pakat dok meratah ayam. Part tepung goreng tu yang selalu ghaib, tinggal
isi jaa haha
Bahan-bahan perap
1
ekor ayam (boleh jugak ½ ekor, pepandai adjust)
3sb
serbuk cili (tambah kalau nak pedas)
2sb
rempah kari daging ayam
2
bawang merah *dincincang haluss
2
bawang putih *dincincang haluss
1sb
lada hitam (tumbuk halus, boleh jugak juga serbuk)
Cili
flakes (kalau takdak, goreng cili kering sampai rangup dan hancurkan)
Serbuk
Paprika, bawang putih, bawang merah, lada sulah *optional
Sedikit
garam dan perasa tambahan
Tepung
goreng tempura secukupnya (kalau takdak campur tepung gandum dengan tepung
beras)
Cara-cara :
- Basuh ayam kemudian perap kesemua bahan kecuali tepung goreng dan telur, biarkan semalaman or beberapa jam. Lagi lama lagi sedap
- Tuang tepung tempura ataupun campuran tepung beras dan tepung gandum sehingga menyaluti semua bahagian ayam
- Hiris sedikit part ayam yang tebal dan lambat masak
- Masak dengan api sederhana kuat dan pastikan ayam masak di dalam
****kalau ada
serbuk jintan kaa, letak cikit.. jangan banyak, takot jadi rasa lain.
Haaa!
Senang dak? Simple ja kan? Bahan pon mesti ada dalam cabinet dapur. Tak payah
susah-susah habiskan duit beli kepci, kena
bayar GST lagi. Betul tak? hikhik
Semoga
berjumpa lagi chubby bunny sekalian, Selamat mencuba! Jangan lupa
#resepilesungpipit di INSTAGRAM
Tataaaaaaaaaaaa
Spread
your loves! XOXO
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment