Sunday, 21 August 2016

RESEPI KERABU MAGGI TOMYAM (SEAFOOD)


Assalamualaikum

Dulu 3 tahun miss belajaq kat pantai timuq sekali pon tak pernah try kerabu maggi tomyam. Kat Kelantan memang popular dengan maggi celup, maggi belut, maggi ketam dan tak ketingalan kerabu maggi. Since miss dah tak blajo kat sana, dan tetiba babyfat ngidam pulak maggi tomyam ni, jadi miss try-try buat.

Walaupun tak pernah rasa kerabu maggi and ni percubaan pertama miss, Alhamdulillah sedap. Serius sedap dan tersangat simple! 

Miss guna kerang jerr sebab yang tu ja ada dalam fridge hehe. So kalau korang ada sotong ka udang ka crabstick sosej ka ayam ka campak jaa dalam belanga tu. Tapi yang lebih kick dengan kerabu ni slalunya makanan laut atau seafood. 

Miss guna maggi jenama maggi jaa. Selalunya orang klate pakai maggi yang import dari siam tuu. Apa nama entah, aku lupa dah. Penah la try 5 bungkuih masa dok POLISAS dulu. Hahaha sedap dan lebih kaww dari maggi yang ada kat Malaysia hehe

Miss guna 1 bungkus maggi jep, so resepi ni untuk sorang makan je la ea. Kalau nak buat untuk 4 5 6 7 orang, tambah sikit kuantiti bahan dia. Pepandai laa adjust, ikot sedap tekak masing-masing.

Jom kita serang dapuqqqq!!!

Bahan-bahan
Udang/sotong/kerang/crabstick/sosej (kuantiti terpulang)
1 bungkus maggi perisa tomyam (tak kisah jenama apa)
½  kelopak kubis *dimayang halus (kuantiti terpulang)
¼ batang karot *dimayang halus (kuantiti terpulang)
1 batang kacang panjang *dipotong
½ tomato *dipotong dadu
3 cili padi *dimayang halus (kuantiti terpulang)
Air untuk merebus maggi & seafood
Sedikit perahan limau nipis/kasturi
Ikan bilis *optional (untuk kerangupan)
Sedikit gula

Cara-cara

  1. Dalam periuk masukkan air. Campak Udang/sotong/kerang/crabstick/sosej bersama 1sk gula (untuk mengekalkan kemanisan seafood)
  2. Bila dah nampak seafood half masak, masukkan maggi (jangan masukkan perencah) kemudian masukkan sayur kecuali cili dan tomato
  3. Bila maggi dah masak, tos dan letak dalam mangkuk. Air rebusan jangan buang lagi !
  4. Tabur tomato dan cili atas maggi.
  5. Ambik 2 sb air rebusan tadi dan bancuh perencah. Ikot laa nak masukkan semua perencah atau tak. Kalau tahan pedas dan nak lebih kawww taruk semua. Lepastu tuang atas maggi
  6. Next, ambik 1sb air rebusan dan larutkan 1sk gula dan tuang sedikit atas maggi.
  7. Kemudian masukkan sedikit perahan limau, jangan banyak sangat sebab perencah tomyam dah masam. 
  8. Kacau maggi sampai sebati. Balancekan rasa masam, manis dia. Kalau terkurang sila tambah ikot tekak memasing. 

Siap! Walla! Senang kan? 

Kalau nak sedap, goreng ikan bilis dan tabur atas maggi. Lagi sedap dan ada tekstur rangup. Kunyah maggi yang lembut ditambah dengan crunchy ikan bilis memang kick!

3 ingredient yang nak bagi rasa kaw ialah sedikit perahan limau nipis, sedikit gula dan cili opkos. Ada tiga gabungan ni, dan pandai balancekan ketiga-tiga rasa ni, memang perghhhh terrbhoikkk!!



Memang kaww kawww punya! Miss taruk banyak cili, memang meleleh hinguss, lidah terjelir-jelir jer ahaks!, Tapi puas hehe

Ada orang letak sos ikan, not bad laa sebab sos ikan ada rasa yang tersendiri, Cuma pepandai la balance sebab sos ikan dah masin. That’s all.

Selamat mencoba. 

Oklah itu saja perkongsian miss harini. Kalau ada umo panjang, insyallah miss try resepi yang lebih mencabar lagi. Jangan lupa follow miss di instagram, SHAFRINA KU SHAARI

tatatatataaaaaaa
 Spread your loves! XOXO

Assalamualaikum

1 comment:

  1. mintak izin nak nak ambik resepi ni..nak buat kt anak..kesian aritu puas mkn kt kedai..

    ReplyDelete