Assalamualaikum
Bollaaa bolli~ pie shepherd, dengar nama macam susah jaa nak buat kan? Tapi jangan risauuu, simple ja sebenarnya. Dengan miss semua benda jadi mudah, dan insyallah menjadi, itu yang penting. Pie shepherd ni macam macaroni bakar je sebenarnya, lebih kurang laa. Cuma gantikan macaroni dengan kentang lenyek dan beberapa ingredient lain.
So, bila buat resepi ni, akan dapat 1 lagi resepi baru, iaitu resepi kentang lenyek. Semua golongan boleh makan, dari baby, kanak-kanak, remaja, orang dewasa, makbapak sampai laa ke opah moyang semua tu boleh telan. Sebab tekstur dia gebu lembut dan tak pedas. Pie ni tak susah pon, Cuma guna banyak bahan, nak lagi sedap, letak banyak topping.
Miss pernah buat 2 kali pai ni, yang pertama versi lembut dan kedua versi crunchy sikit. Tak dak beza pon dua-dua bahan ni, cuma kalau nak rangup kurangkan kuantiti kentang, itu jaa.
Miss tak pakai blender or mixer, work out pakai tangan jer, tapi make sure kentang tu dah betul-betul lembik, baru sonang nak lenyek-lenyek hee.
Senang kan?
So let’s do it!
Bahan-bahan kentang lenyek(Pai)
5-7 kentang saiz sederhana
1/2 cawan fresh milk
2sb mentega (suhu bilik)
1sk serbuk lada sulah
1 1/2sk biji lada hitam ditumbuk halus (terpulang kuantiti)
Secubit garam
Air untuk merebus kentang
Cara-cara:
- Buang kulit kentang dan dipotong dadu saiz sederhana. Rebus dengan kuantiti air yang banyak sehingga kentang betul-betul lembut, tapis kentang.
- Lenyek kentang dengan mentega dan masukkan susu sedikit demi sedikit.
- Masukkan garam, lada hitam dan serbuk lada sulah. Lenyek sampai tak berketul dan lembut berkrim macam kentang putar KFC tu.
- Ketepikan. Masa untuk inti pulak
Bahan Sos pizza
500g ayam/daging kisar (guna ayam/daging biasa or sosej/burger pon ok)
1 bawang holand/bawang besar (potong dadu)
2bawang putih (cincang halus)
3 tomato (dipotong dadu)
Segenggam cendawan butang *optional (belah 4)
1 cawan Kacang panggang *optional
¾ carrot (dipotong dadu)
1 sb serbuk lada hitam
1sb serbuk lada sulah
Secubit garam dan perasa
1sb tepung jagung (bancuh dengan 1cawan air)
Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara:
- Tumis bawang putih dan holand sehingga naik wangi. Masuk daging kisar atau pon sosej/burger (ikot suka potong macamana pon).
- Masukkan carrot dan cendawan butang. Masak sampai carrot dah agak lembut.
- Masukkan tomato, kalau takdak boleh guna tomato sos atau tomato puree macam prego ke. Lepastu masukkan kacang panggang. Kalau ada daun parsli ka ketumbar ka campak cikit
- Tuang bancuhan tepung jagung. Kalau takda, guna tepung gandum pon boleh, itsokayyy.
- Masak sampai pekat then masukkan garam, lada hitam lada sulah beberapa serbuk optional macam oregano kaa, baling sikit dalam inti. Bila dah nampak pekat likat, tutup api. Jangan sampai terlalu kering pulak.
- Panaskan oven dalam 200c selama 10 minit.
- Oles sedikit mentega di Loyang atau bekas aluminium. Masuk kentang lenyek dan ratakan dengan blakang sudu or spatula. Jangan tuang semua. Simpan setengah jap lagi nak guna untuk cover inti.
- Lepastu masukkan inti. Ratakan semua atas kentang tadi.
- Tuang semua kentang lenyek atas inti dan ratakan sekali lagi
- Untuk perfect colour, ambik satu kuning telur bersama 1sb air dan sedikit pewarna kuning. Campur biar sebati then sapu atas kentang tadi. Boleh buat corak gores-gores macam miss buat ni. Pakai garfu je.
- Masuk dalam ketuhar suhu 200c dan bakar selama 30 minit saja.
- Sejukkan dan hidang!
Senang tak? Atas ranggup bawah lembut memang perfect sangat lah.
Haa kan dah dapat satu resepi baru buat kentang putar. Nanti kalau nak buat kentang putar ala kepci, search jaa sos black pepper dia. Insyallah nanti miss try masukkan entri kentang putar pulak naa. Cukup lah untuk harini. Miss nak rehat-rehat dengan tuceng hitam pulakk. hikhik
Semoga berjumpa lagi chubby bunny sekalian, Selamat mencuba! Jangan lupa #resepilesungpipit di INSTAGRAM
Tataaaaaaaaaaaa
Spread your loves! XOXO
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment