Wednesday 3 August 2016

RESEPI PIZZA GEBU DAN SEDAP & TIPS

Assalamualaikum

Aneohaiseyoo my chubby bunniesss. Hikhik. Betul tak ejaan ni? Erkk biarlah asalkan sebutan dia macamtu kira ok lah. Hehe. Entry ni taknak sembang merapu, malas nak taip dah. Kali ni resepi pizza yang simple, campak jaa semua bahan yang ada dalam chiller tu, kalau boleh chiller tu nak flip masuk dalam oven haha.

Mesti ada diantara korang yang mengidam pizza ala-ala pizza hut and domino tapi tak cukup bajet atau pun jenis malas nak keluar rumah. So miss bagi resepi pizza yang sangat simple dan main campak saja, tapi daboomm!! menjadi.

Resepi ni Miss ambik dari matgebu, tapi diolahkan sedikit, sebab ada bahan yg tak cukup. Miss pakai sukatan cawan jerr cayang. Senang kan?

So let’s do it!

Bahan-bahan doh pizza
2 cawan tepung gandum
Kurang ½ paket yis mauripan
½  cawan air suam
2sb gula pasir/kastor
1sb mentega cair
Sedikit minyak masak (sapuan)
Secubit garam

Cara-cara :
  1.  Larutkan gula dengan ¼ cawan air dan tuang yis sehingga yis kembang dan berbuih.
  2. Satukan tepung, gula, mentega cair, garam sehingga jadi serbuk roti.
  3. Tuang campuran yis sedikit demi sedikit ke atas tepung. Kemudian masukkan air sedikit demi sikit.
  4. Uli doh selama 10 minit, setkan masa. Uli sampai doh menjadi lembut dan doh tak melekat di tangan.
  5. Sapu sedikit minyak masak di keliling doh sebelum perap. Jangan banyak sangat, cukup sekadar mengilatkan doh. 
  6. Tutup bekas doh dengan kain putih kemudian letak di tempat suam panas untuk doh naik lebih gebu dan cantik. Rehat doh selama 1 jam hingga 1 ½ jam.
  7. Lepas perap, tumbok-tumbok doh untuk keluarkan angin. Rehatkan doh 10 minit, banyak betul doh ni rehat
  8. Tabur sedikit tepung gandum atas dulang/tray untuk canai doh, ikot laa tebal mana. Kalau nak buat nipis mcm domino tu, rasanya boleh dapat 2 keping pizza. Kalau nak pizza gebu, buat tebal sikit. Ikot tekak memasing nahh.
  9. Dah canai tu, cucuk-cucuk doh guna garfu untuk elak doh menggembung time bakar. Boleh letak sos dan topping atas pizza(resepi dibawah).
  10. Bakar pada suhu 180c selama 20-30 minit.
Siap!

Bahan Sos pizza
1/2 bwg holand *dicincang
2 bwg putih
½ tin tomato prego
1 tomato *diblend or dicincang halusss
Sos tomato
Sos cili
Gula, garam, perasa
Sedikit air

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih dan holand sehingga naik bau. Masukkan sos prego bersama tomato yang diblend or dicincang halus.
  2. Kalau kering, masukkan sedikit air, kemudian masukkan sos tomato dan sos cili.
  3. Perasakan dengan garam, gula dan perasa tambahan. Seriously part ni ikot sedap tekak memasing. Masak sampai pekat, then tutup api
  4. Biarkan sos suam sikit, lepastu sapu sos pizza ni disekeliling doh pizza
  5. Ready letak topping

Bahan topping pizza (ikot citarasa)
Sosej, ayam or daging tak kisah minced or what, tuna, sardine, crab stick, pepperoni
½ bawang holand, lada benggala, cili, cendawan butang, nenas, buah zaiton
Serbuk oregano, rosemary, lada hitam, lada sulah, thyme,
Segala jenis keju
Mayonis kalau takdak keju

Cara-cara :
  1. masak terlebih dahulu bahan-bahan basah seperti ayam, daging, tuna dan sebagainya
  2. tabur kesemua bahan- bahan tersebut atas pizza
  3. part ni, ambik ja yang mana ada dalam chiller.
Tips

  1. Sekiranya dalam tempoh 7-8 minit doh masih melekat di tangan, ambik setengah cubit tepung gandum dan taburkan atas doh. Ingat setengah cubit saja eaa. Kemudian uli lagi 5 minit sehingga 
  2. kalau nak doh naik cantik dan gebu, perap di bawah matahari. Kalau malam, ikot cara miss, panaskan periuk nasik dalam 5-10 minit, sampai panas suam-suam. Lepastu letak bekas doh dalam periuk nasik, then tutup suis. Jangan dimasak pulak doh tu XD
  3. kalau takdak keju, renjis minyak masak atas topping supaya topping tak kering. 5 minit terakhir, letak, mayonis dan sapu atas pizza dan bakar sedikit lagi untuk rasa yang lebih meletop!
Yang atas Tu pizza nipis, guna 1cawan tpg gandum jer uolsss!


Pizza GEBU bahan main campak jer. Hikhik

See? Senang kan? Cuma banyak bahan jelaa, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
Semoga berjumpa lagi chubby bunny sekalian, Selamat mencuba! Jangan lupa #resepilesungpipit di INSTAGRAM

Tataaaaaaaaaaaa

Spread your loves! XOXO

Assalamualaikum




1 comment:

  1. Terima kasih atas perkongsian. 😊
    Nak tanya doh yang dah siap xhabis boleh simpan tak?

    ReplyDelete