Wednesday, 31 August 2016

KISAH AIMAN BANNA MENYENTUH HATI

"Anak kau sambung mana? Universiti mana? Dapat biasiswa apa?"

"Awak, kalau saya tak dapat bagi awak zuriat selamanya, awak buat apa? Tinggalkan saya ke?"
___
Semalam Ummi berkongsi cerita ketika kami sedang menunggu order makanan kami sampai.

"Hari tu dalam kelas accounting, lepas habis sesi lecture, Ummi tanya soalan kat semua students Ummi, Ummi tanya 'Kenal Aiman Banna tak..?'. 

Selepas je Ummi sebut nama Aiman, terus semua student Ummi bersorak dan menjerit sambil kata, 'Kenal laa madam. Kami kenal Aiman Banna!!!'. Kelas bising masa tu..."

Ketika itu, saya mula tersenyum. Menarik nak tahu sambungan kisah daripada Ummiku itu.

"Sebenarnya, Aiman tu anak saya..." Ummi ceritakan situasi ketika itu dengan ceria.

"Lepas tu, semua student Ummi sindir, 'Oh kalau macam tu Aiman Banna tu sebenarnya kawan saya juga madam...'. Mereka macam sindir la macam Ummi ni sengaja main-main ngaku Aiman ni anak Ummi. Mereka semua macam tak percaya yang Aiman Banna ni anak Ummi..."

Haha. Kelakar juga anak murid Ummi kat UiTM tu ya. Obviously muka saya ni follow muka mak saya. Huhu. Saya memotong kerancakan cerita Ummi; "Lepas tu Ummi respon apa?"

Ummi sambung, "Ummi cakap la, 'Betul... Saya ni mak Aiman Banna.'. Ummi serius dan tak main-main sebab memang betul Aiman anak Ummi."

"Lepas mereka dah yakin yang Aiman ni anak Ummi, terus mereka menjerit seronok. Siap ada antara mereka yang offer dengan seronok nak jadi isteri kedua Aiman!" 

Gulp! Saya telan air liur. Ummi lupa ke yang isteri saya sedang duduk di sebelah. Dengar je perkataan 'isteri kedua' terus dia jeling saya setajam-tajamnya. Pergh, menakutkan!

Ummi pun macam terlupa yang Hani Nabila ada di sebelah saya ketika itu. Terus Ummi tukar topik lain. Walau apa-apa pun, isu isteri kedua atau poligami tetap selamanya menjadi isu sensitif.

Ketika itu, saya tersenyum seronok bila tengok Ummi galak bercerita. Dan saya pun tak sangka yang saya akan jadi seperti ini hari ini.

Namun, bukan ini cerita utama dalam nukilan saya hari ini. Bukan...

Saya nak ceritakan tentang;
CINTA DUA WANITA YANG MULIA.

Bila dengar cerita Ummi tentang student-studentnya (yang saya ceritakan di atas) yang seronok mahu jadi isteri saya walaupun obviously saya dah berkahwin; respon saya langsung tak seronok mahupun gembira walau secebis. Kerana apa? Saya akan ceritakan sebentar sahaja lagi.

Bila dengar cerita Ummi versi student tadi, teringat pula versi lecturer yang sama universiti dengan Ummi berkata "Untung Puan Muliati dapat anak macam Aiman Banna..."

Ada perempuan yang katanya seronok menjadi isteri saya. Ada juga perempuan yang kata untungnya dapat anak macam saya.

Untung..?
Seronok..?

Yakin ke akan untung dan seronok untuk ada kaitan dengan manusia macam saya ini..?

Untung ke dapat anak macam saya..!?

Anak yang kurang ajar dan pernah tengking ibunya sendiri? Naikkan suara ikut suka dan ingkar arahan yang diberi lembut oleh ibu sendiri. Menipu dan suka mencuri duit ibu senyap-senyap.

Anak yang pernah lari dari rumah berbulan-bulan lamanya? Tak balik rumah lama. Langsung tak call, langsung abaikan family. Jalan hidup sendiri dengan sombong sedangkan ibu di rumah sedang menangis rindu...

Anak yang akademik teruk dan malas belajar? Result exam yang hampeh. Pernah dapat nombor last dalam batch 3 kali berturut-turut. Suka ponteng kelas dan ponteng kelas.

Anak yang berhenti sekolah, tak masuk universiti? Drop-out, berhenti ketika masih sekolah dan tak sambung mana-mana universiti. Tak balik rumah dan ikut kepala sendiri.

Itulah apa yang Ummi saya terpaksa lalui sepanjang hidup dia. Hidup membesarkan anak nakal dan jahat macam saya. Cuba kau bayang situasi dia yang ada anak macam saya?

Untung ke dapat anak yang bebal dan nakal macam saya?
Siapa je yang nak anak yang teruk macam saya...!?

Betapa hinanya diri aku yang banyak derhaka,
Betapa buruk dan hodoh manusia macam aku!

Mungkin tiada perempuan yang mampu handle manusia macam saya, selain manusia yang dipilih Tuhan untuk dapat anak bernama Aiman; iaitu Ummi saya.

Cuba bayangkan apa yang dia nak jawab dulu, ketika orang tanya;

"Anak kau sambung mana? Universiti mana? Dapat biasiswa apa?"

Apa yang dia boleh jawab? 
Anak dia dropout! Anak dia berhenti sekolah! Anak dia ponteng sekolah! Anak dia teruk dan perangai samseng!

Apa yang dia boleh jawab?

Apa yang dia nak jawab bila saya tak balik ketika hari raya aidilfitri? Ya saya pernah tidak balik bulan Ramadhan penuh dan aidilfitri. 

Apa yang dia boleh katakan tentang anak dia yang ego ini?

Ini kisah tentang Ummi saya, dan kepada yang kata seronok sekiranya dapat jadi isteri saya, dengarlah kisah isteri saya ini sedikit sebanyak. Saya yakin, tidak ada seorang perempuan pun yang ada selera nak tengok muka saya walau sesaat lepas dengar kisah ini...
---
Dia terima saya ketika saya hina.

Ketika itu saya dibenci oleh ramai orang. Bahkan kawan baiknya selama ini pun bagi dia pilihan;

"Pilih Aiman atau pilih aku."

"Aku tak nak kau pilih Aiman. Dia jahat. Perangai dia tu teruk. Kalau kau sayang aku, kau tak terima lamaran Aiman...."

"Kau tau tak ramai orang benci dia. Ramai orang tak suka dia. Ramai orang cerita keburukan dia. Dia tu munafiq!"

"Ramai lagi lelaki yang nak kat kau. Buat apa pilih pilihan paling buruk!"

Dan macam-macam lagi tohmahan dan kutukan yang diberikan kepada saya. Ketika itu, bagaikan semua ingin bongkarkan kisah silam saya saya. Cerita buruk yang benar dan fitnah, semua dicampur aduk untuk menunjukkan betapa buruknya saya...

Ketika itu saya tiada harta. Saya miskin. Saya tiada kerja bahkan saya tiada duit simpanan yang banyak pun.

Tapi entah kenapa, takdir Allah... Saya dan dia bernikah ketika saya masih berumur 18 tahun.

Dan cuba anda bayangkan, sepanjang dia menjadi isteri saya, 3 perkara ni buat saya menangis teresak-esak.

1. Dia pernah guna jubah hitam dan tudung labuh yang sama, berulang-ulang kali. The one and only jubah dan tudung labuh. Jika sudah bau, kami akan cuci pada waktu malam dan keringkan di bawah kipas supaya pagi esok boleh guna jubah yang wangi. Berulang-ulang kali kerana apa? Saya miskin dan tak mampu nak beli jubah yang banyak.

Kenapa ada satu je jubah? Kerana dia baru sahaja berhijrah daripada pakaian seluar jeans dan tshirt biasa. Dia dah mula guna tudung labuh dan tinggalkan shawl dan pashmina. Dia dah mula guna purdah dengan istiqamah kerana apa?
Kerana suaminya minta dia jadi solehah.

Dan dia sanggup tinggalkan keenakan kehidupan remaja demi bersama saya. Dia sanggup guna the only jubah dan tudung labuh demi saya.

2. Pernah tempat sewa kami nak kena kunci pagar dengan paksa. Kami kena halau oleh owner kerana sudah berbulan-bulan tidak bayar sewa. Saya menangis kerana bisnes saya tidak jalan dan kena tipu banyak pihak. Saya tidak mampu bagi nafkah duit macam biasa kepada dia.

Namun dia masih senyum setiap pagi dan kata 'Awak, teruskan kuat ya... Allah ada..."

Saya perasan dulu, dia selalu scroll instagram dan tengok instashop jual jubah cantik-cantik. Jual bag cantik. Jual banyak barang cantik. Tapi dia tak pernah minta kepada saya sebab dia tahu, saya terdesak. Saya tahu, dia nak sangat beli online tapi kerana dia sayang saya, dia tinggalkan keinginan nafsu dia. Allahu akbar.

3. Kami usaha untuk dapatkan anak, tapi tidak dapat. Kami tunggu-tunggu dan terus menunggu namun bila buat pregnancy test, negative.

Saya sedih. Saya agak berduka. Dia tahu bahawa saya nak sangat anak. Ye lah, siapa yang tak hendakkan zuriat kan?

Sehinggalah satu hari, dia pergi kepada saya dan tanya;

"Awak, kalau saya tak dapat bagi awak zuriat selamanya, awak buat apa? Tinggalkan saya ke?"
Saya senyap. Saya tiada mood ketika itu.
"Awak..."
"Kalau saya tak dapat bagi awak anak.., jangan ceraikan saya ya..."

Saya telan air liur. Dia ni dah kenapa..?
"Awak kahwinlah dengan perempuan yang boleh bagi awak anak. Awak bahagia, saya pun bahagia,,,"

Allahu Akbar, jatuh air mata saya. Saya menangis senyap-senyap, Saya menjerit dalam hati. Saya rasa macam saya tak layak dapat isteri macam dia. Dia lebih sanggup lihat saya bahagia biarpun diri dia sendiri derita.

Perempuan mana je yang suka dimadukan kan?

Lihatlah dirinya. Seorang perempuan yang telah menjadi isteri namun cintanya kepada saya teramat tinggi!
---
Boleh ke anda terima saya di saat saya tengah hina? Ketika saya tiada harta yang mampu saya berikan; mampukan anda terima saya seadanya? Sanggup ke anda terima saya ketika sahabat rapat anda larang anda menerima saya? Mampukah anda terima saya saat saya dibenci oleh ramai orang..?

Simpan jawapan anda. Kerana saya yakin jawapan 'ya' hanya mampu dijawab dan dilakukan oleh isteri saya yang pertama dan selamanya inshaAllah, iaitu Hani Nabila.

Satu soalan lagi, sanggupkah anda terima seorang anak yang teruk macam saya?

Lari dari rumah, drop-out, suka ponteng, biadap dan tak hormat ibu bapa dan berjuta lagi kenakalan saya seperti yang saya ceritakan di atas tadi. Sanggupkah anda?

Saya yakin, tiada siapa yang nak tapi yang dapat anak macam saya ini. Namun Ummi, telah berjaya mendidik saya dan kuatkan saya ketika jahiiah. Ummi terima diri saya yang berhijrah. 
---
Namun ingatlah ini. Selepas hujan ada pelangi!
Selepas
Hujan
Ada
Pelangi

Hari ini, Allah berikan saya kekuatan untuk berubah dan pada yang sama saya mampu bahagiakan dua insan yang amat saya cinta iaitu isteri dan Ummi.

Jika dulu saya ada banyak masala, sekarang banyak yang dah berubah kerana ia semua hadiah dari Allah.

Nakal?
Tiada anak?
Banyak jahiliah?
Drop out in academic?
Masalah kewangan?

Itu semua masalah, nak tahu apa hadiah? Nah...

Sekarang isteri saya sedang pregnant 7 bulan, inshaAllah due bulan 10 tahun ini. Saya tinggalkan jahiliah dan komited dalam dakwah. Alhamdulillah saya telah menjadi seorang pendakwah yang berdakwah lebih daripada 300 institusi seluruh Malaysia bahkan luar negara (akan ke Beijing, Indonesia, Thailand dan Brunei tahun ini...)

Sekarang, bisnes saya semakin berkembang. Alhamdulillah ada 5 bisnes Sdn. Bhd. yang sedang dijalankan (Publication, consultancy, book cafe, creative design, studio production) dan akan berkembang dari masa ke masa. Juga da berbelas staff yang digajikan untuk support syarikat. Saya juga sedang menyambung pelajaran dalam bidang Usul Fiqh di Madinah International University.

Dapat anugerah antara buku terbaik 2015 dan tercalon dalam anugerah buku pilihan pembaca Berita Harian 2016. Buku-buku saya personal sudah terjual lebih daripada 100,000 naskhah. Alhamdulillah.

Lihat! Bukankah saya telah mengatakan bahawa selepas hujan ada pelangi. Ya, selepas masalah akan ada hadiah daripada Allah!

Ini antara kisah saya yang saya kongsikan bukan untuk riyak dan menunjuk. Demi Allah, niat utama saya bukan untuk nampak hebat atau buka aib sendiri. Niat saya ialah untuk bagi inspirasi kepada anak muda hari ini agar kita kembali semula kepada Nabi dan Ilahi. Amin :)

CINTA DUA WANITA YANG MULIA.
Itulah dia isteri dan Ummi saya :)

Moga Allah kurnia mereka dua Syurga. Amin...

Seorang Hamba,
Aiman Banna.

#AimanBanna.

---

p/s:
Untuk tahu kisah penuh saya seperti tidur di KL Sentral, tidur merempat di beberapa tempat, jual baju pasar malam dan roti sosej untuk tampung kos hidup lepas lari dari rumah 2 bulan. Bagaimana saya minta maaf dengan ummi, bagaimana saya bina bisnes dari zero, bagaimana saya tercetus nak hijrah lepas teruk berjahiliah dan macam-macam lagi. 

Kisah penuh ini akan saya padatkan secara terperinci dalam buku saya yang terbaru bertajuk "Move On: Bertaubatlah sebelum taubat tidak lagi menjadi ubat!". InshaAllah pertengahan bulan September 2016 buku Move On by Aiman Banna akan ada di pasaran.

Apa-apa pun, doakan saya agar mampu kuat dan istiqamah dalam perjuangan dakwah dan tarbiah ummah. Amin :)

Saturday, 27 August 2016

SUARA ANGIN/BACA DLM HATI BATALKAN SOLAT!!!

Assalamualaikum

Alhamdulillah, baru sebulan blog ni ditubuhkan, viewer dah cecah 3K pembaca. Terima kasih. Kali ni miss nak seimbangkan ilmu dunia & akhirat. Diharapkan sekecil-kecil perkongsian ini menjadi pahala berterusan setelah nyawa ditarik keluar nanti.
Miss nak kongsi mengenai solat, iaitu 13 RUKUN SOLAT.  Perkara WAJIB dilaksanakan ketika solat, kalau salah satu terkurang/tidak melakukannya, dikira BATAL. Rukun solat sebenarnya terbahagi kepada 3:
1. RUKUN QAWLI (sebutan yg diucapkan dgn lidah)
2. RUKUN FI'LI (perbuatan)
3. RUKUN QALBI (hati).

Ramai yang tak tahu mengenai beberapa rukun solat, terutama melibatkan rukun qawli iaitu lafaz melalui suara. Lafaz melalui suara bermaksud, sebutan bacaan dapat di dengari oleh telinga, dan bukannya suara angin atau membaca dgn dalam hati.. Suara mesti lah jelas dan tiada berselang seli dengan suara angin. Tapi jangan laa kuat sangat sampai menganggu orang lain. Cukup dapat didengari oleh telinga kita saja. 
Berikut adalah rukun qawli :
  1. Melafazkan takbiratulihram ketika takbir
  2. Membaca al-Fatihah
  3. Membaca tahiyyat atau tasyahud akhir
  4. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w ketika tahiyyat akhir
  5.  Mengucapkan salam yang pertama ke kanan

Ketika melakukan SOLAT, ini antara 13 RUKUN SOLAT yang wajib dilaksana.

1. Berdiri Betul
Jika tidak mampu boleh dengan duduk, jika tidak mampu juga boleh solat dalam keadaan berbaring

2. Niat
Dilakukan sewaktu mengangkat takbiratul ihram

3. Takbiratul Ihram
Mengucapkan perkataan Allahu Akbar

4. Membaca Al-Fatihah
Bermula dengan bacaan Bismillah, hingga Waladhaallin

5. Rukuk dengan Thumakninah
Membongkok 90 darjah

6. Iktidal dengan Thumakninah
Berdiri betul selepas rukuk

7. Sujud Dua Kali dengan Thumakninah
Membongkok sehingga dahi berada diatas lantai

8. Duduk Antara dua sujud dengan Thumakninah
Duduk sebentar selepas sujud yang pertama

9. Duduk Bagi Tahaiyat akhir

10. Membaca Tahaiyat Akhir

11. Membaca selawat
Membaca selawat atas junjungan Nabi Muhammad SAW

12. Memberi Salam
Memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam

13. Tertib
Mengikuti aturan, tuntunan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam solat dari rukun ini dinamakan sunat

Keterangan:
Thumakninah dalam solat adalah berhenti sejenak untuk menenangkan hati dalam rangka melakukan gerakan solat lebih lanjut.

Mungkin ada setengah pihak yang ragu-ragu  jadi miss kepilkan link youtube, soal jawab Ustaz Azhar Idrus mengenai Rukun Qauli-UAI kata-kata dari ulamak akan buat korang lebih yakin & percaya.

Itu saja perkongsian rohani miss kali ni, semoga kita menjadi Hamba Allah yang bertakwa dan berada di jalan Allah.

Boleh follow miss di facebook Nana shafrina atau instagram shafrinakushaari(resepi lesung pipit) . Semoga berjumpa lagi chubby bunnies sekaliannn! 

Tataaaaa
Spread ur loves, XOXO 
Assalamualaikum 

RAHSIA & MISTERI DOA "*Laa ilaha illa anta, Subhanaka, inni kuntu minaz dzhalimin

Assalamualaikum
Secebis santapan rohani bagi kita 

Apakah rahsia di sebalik doa "*Laa ilaha illa anta, Subhanaka, inni kuntu minaz dzhalimin*" yang secara zahirnya seperti ringan disebut, mudah dihafal? Bagaimana mungkin satu doa seperti ini dapat menyelematkan seseorang dari musibah yang amat besar, sebesar ditelan oleh ikan paus?

Adakah doa ini khusus untuk Nabi Yunus a.s atau umum untuk semua umat Islam? Demikianlah beberapa rahsia dan misteri yang ingin saya kongsikan seterusnya.

1⃣Rahsia pertama:
perhatikan bahawa doa ini dibuka dengan kalimah tauhid "Tiada Tuhan melainkan Allah". Kalimah tauhid tidak sekadar bermaksud tiada tuhan yang berhak aku sembah melainkan Allah SWT, tetapi dalam konteks ini juga bermaksud tiada tuhan yang patut aku mengadu, mengharapkan keampunan dan memunajatkan keselamatan melainkan Allah SWT. Pembukaan seperti ini membuktikan kemantapan dan ketauladanan tauhid Nabi Yunus a.s di mana beliau tidak mengadu dan berharap kepada siapapun melainkan hanya Allah SWT sahaja.

Ini merupakan manhaj para Rasul dan Nabi a.s yang mesti kita ikuti. Perhatikan – sebagai contoh lain – sikap Nabi Ayyub a.s ketika beliau ditimpa penyakit. Beliau tidak mengadu kepada para doktor atau sesiapa pun, tetapi mengadu hanya kepada Allah saja:
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayyub a.s, ketika dia berdoa merayu kepada Allah SWT dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah saja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani." [Al-Anbiya 21:83]

2⃣Rahsia kedua
Seterusnya Nabi Yunus a.s mengucapkan "Maha Suci Engkau (ya Allah):", bererti mensucikan Allah SWT dari segala bentuk-bentuk kezaliman atau penganiayaan. Lebih mendalam lagi, Nabi Yunus a.s mensucikan Allah SWT bahwa apa yang menimpanya saat itu (ditelan oleh ikan paus) bukanlah merupakan satu bentuk penganiayaan oleh Allah SWT ke atas dirinya.

Penyucian ini penting ditegaskan kerana kadangkala apabila ditimpa kesusahan, kita marah atau menyalahkan Allah. Malah kita menuduh Allah SWT sengaja menganiaya diri kita. Tidaklah Maha Suci Allah menganiaya manusia, tetapi manusialah yang menganiaya diri mereka sendiri:
"Dan tiadalah Kami menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri." [al-Nahl 16:118]

3⃣Rahsia ketiga
Tanpa keberatan, tanpa alasan yang berlapik-lapik, Nabi Yunus a.s terus mengaku kesalahannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri." Nabi Yunus tidak terus meminta ampun kepada Allah, sebaliknya memilih cara yang lebih lembut, beradab lagi merendah diri, yakni dengan mengakui kesalahan dirinya sendiri.

Selain itu Nabi Yunus a.s sedar bahawa kesusahan yang menimpanya saat itu, iaitu ditelan oleh ikan paus, merupakan kesan dari kesalahan dirinya sendiri yang telah melarikan diri dari tugas dakwah yang Allah SWT amanahkan kepadanya. 
Sesuatu yang sedia dimaklumi bahawa salah satu faktor seseorang itu ditimpa kesusahan dan kesulitan ialah kerana dosa-dosa hasil dari kesalahan yang pernah dia lakukan sendiri. Allah SWT menyatakan hakikat ini:

"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan, maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu." [Al-Shura 42:30]

Demikianlah tiga rahsia di balik mujarabnya doa Nabi Yunus a.s. Ia bukanlah sekadar ucapan yang ringan di mulut, malah mudah dihafal, serta ucapan yang memantapkan tauhid, mensucikan Allah dan mengakui kesalahan diri sendiri sekaligus mengisyaratkan pemohonan keampunan.

Thursday, 25 August 2016

RESEPI NASI GORENG PETAI & IKAN MASIN

Assalamualaikum

Hello de bunnies. Entry kali ni miss nak kongsi satu resepi yang sedap, mudah, dan ala kekampungan siket. Memang sedap, resepi ni 100% dari miss, tapi tak tau laa sama ada sebelum ni ada orang pernah buat teknik yang sama.

Untuk menjayakan flavor nasi goreng biar meletup-letup dalam mulut, miss taruk petai. Actually ni optional lah ye, sebab sesetengah orang tak shuker petai, busuk katenyer. Ala taik engko pon lagi bedebah baunya. Haha. 

Sapa yang suka petai, ni syurga nasi goreng awok, tambah ikan masin pulak, ekstra pedas siket pehhh terkeluor bulu hidung beb!

Miss buat ni untuk 2 orang makan la ye, sesuai untuk pasangan baru tawen tu. Hikhik. Yang lain pon boleh coba mehh, cuma tambah/kurang siket kuantiti dia. That’s all. Sesimple ABC.

Moh kitew listkan senarai bahan-bahannyerr
Bahan-bahan
2 cawan nasi 
¼ bawang besar *mayang halus
3 bawang putih *cincang halus
½ ibu jari ikan masin *potong kecil
1sk lada hitam *tumbuk halus
Serbuk lada sulah
Garam dan perasa
carrot 
Bunga kobis
*****sayur terpulang nak letak apa, kailan/kangkung/pakchoy/sawi
Bahan-bahan tumbuk
1/4  bawang besar 
3 bawang putih *belah 2
8 cili padi (kalau nak pedas tambah lagi, tapi ni pon dah bapak pedas)
½ cili merah
1 ibu jari ikan masin *potong kecil
Secubit belacan
Cara-cara 
  1. Tumbuk semua bahan yang perlu ditumbuk sampai jadi pes kasar
  2. Masukkan minyak dan tumis bawang besar, kacau seminit kemudian tumis bawang putih. Kacau sampai warna bawang keperangan
  3. Masuk bahan yang ditumbuk dan ikan masin yang dah dipotong. Part ni memang lawan bersin satu rumah. Haha. 
  4. Masukkan carrot dan bunga kobis atau sayur yang lain, goreng sebentar. Rumah miss ada stock 2 ni ja. 
  5. Masukkan lada hitam, dan petai. Kacau sampai karot dah makin lembut, api sedehana ye
  6. Masukkan nasi, garam, perasa, serbuk lada sulah. Dan goreng pumprang-pumprang sampai sebati. Rasa sekali, adjust yang mana patot, then tutup api.

Siap! 
Potong timun kecik pastu goreng ikan darat pulak ennn, apa nak kata bang oiii. Hilang anak mata chekk! Hakhak 

Psttttt kalau nak taruk lagi banyak ikan masin, kurangkan garam ye sayang. Nanti terlebih masin pulak. Hikhik

Selamat mencoba!
Oklah itu saja perkongsian miss harini. Kalau ada umo panjang, insyallah miss try resepi yang lebih mencabar lagi. Jangan lupa follow miss di instagram, SHAFRINA KU SHAARI

tatatatataaaaaaa
 Spread your loves! XOXO

Assalamualaikum

RESEPI CAKOI & KARI MAMAK TANPA SANTAN

Assalamualaikum

Aloyaaa?? Haluuuuu de chubby bunniesss. Tak nak cakap banyak, miss nak paww satu resepi mudah dan sedap makan petang-petang. ‘cakoi ranggup lembut dan kuah kari daging pekat tanpa santan’. Hambek kaww panjang pulak nama resepi kali ni. Hakhak 

Cakoi ni orang kedah biasa panggil pak tongko, kalau kat negeri lain panggil cakoi, tapi aku panggil pakchoyy. Hikhik suka hati je main gabung nama.

 Psstttt bakal-bakal calon incik somi mitthali, try tanya bakal bini hampa, pakchoii tu apa? Kalau dia tauu, hang bertuah. Kalau dia taktau, hang dengar cakap haku “mohon clash"

Tekstur cakoi di luar rangup dalam lembut macam donut tapi berongga sikit, dan rasanya cikit manis, macam roti gardenia. Sedap makan bogel macam tuu sajaa atau pon ada pencicah. Kalau malas tahap cipan, boleh cicah dengan sos or susu pekat. Dedua ni pon dah cukup power buat mulut tak berenti ngap. Selain tu, boleh cicah dengan kopi atau teh O ataupon coklat cair, marvelous chiuolss! 

Tapi kalau ikot sedap mulut miss suka cicah dengan kari pekat-pekat gittewww.. Ala-ala mamak siket. Memang perghhh terangkat beb! 
Bahan pon tak banyak dan sangat senang buat. 

Resepi ni untuk 3-4 orang makan naa
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
½ cawan air
1 sk mauripan (yis)
1sk soda bikarbonat
1sb gula
1sb susu pekat/susu tepung
1sb minyak masak/mentega cair
Secubit garam

Cara-cara
  1. Dalam cawan, masukkan ½ cawan air suam panas, 1sk gula dan larutkan gula. Lepas gula dah larut, masukkan yis sampai yis mengembang dan berbuih
  2. Dalam bekas besar, masukkan tepung, gula, garam, soda bikarbonat dan minyak masak/mentega cair.
  3. Tuang sikit-sikit yis yang dah berbuih ke dalam bekas tepung tuu. Adunan memang melekat sikit. 
  4. Uli adunan selama 10 minit, boleh tengok tv sesambil gayang doh tu. Uli sampai tak melekat di tangan dan gebu. Geram sangat bila pegang doh yang siap uli, anjal macam untot baby. emmm emmm picit-picit, ramas ramass. Geram! Ok done.
  5. Kalau minit ke 8 masih doh melekat di tangan, tabur secubit tepung dan uli lagi 3 minit. workout sikit tangan tu.
  6. kemudian tutup bekas dengan kain atau plastic cling. Rehat doh 30-40 minit, nanti doh akan toinkkk naik seketoi. Perap kat bawah matahari atau tepi tempat panas untuk doh naik cantik.
  7. Lepas doh naik, tumbuk-tumbuk doh, biar doh tu terkentut keluar angin.
  8. Lepastu, ambik papan pemotong dan potong doh. Anggaran panjang dan lebar sebesar 1 jari kelingking.
  9. Dah siap potong, cantumkan 2 doh yang dah siap potong menjadi satu. Kemudian ambik lidi atau sudu, celupkan dalam air, then tekan kat tengah-tengah doh yang dicantumkan. 
  10. Dah siap, rehatkan doh selama 15 minit untuk doh naik mengembang lagi.
  11. Panaskan minyak dan bila nak masukkan dalam kuali, tarik doh tersebut kemudian goreng dengan api sederhana. Cakoi akan mengembang sedikit bila digoreng, jadi jangan goreng terlalu banyak.
  12. Angkat bila dah cakoi dah start keperangan. 

Siap!
************************************
Masa untuk kari pencicah pulerkk. Resepi kari ni miss buat simple jep, kari pekat tanpa santan ala mamak.

Bahan-bahan 
1 cawan daging yang sudah dipotong
2-3sb serbuk kari daging/ayam
5sb air panas
1 kentang kecil *dipotong 4
1 cili merah *dibelah
1 asam keping kecil atau air asam jawa
Garam, gula, perasa
Anggaran 2 cawan air
Bahan-bahan (menumis) 
1 bawang merah saiz sederhana *dihiris nipis
2bawang putih *dihiris nipis
Sedikit halia *dihiris nipis
1 kulit kayu manis
3 bunga cengkih
3 kelopak bunga lawang (bkn kuntum)
3 buah pelaga
Sejemput herbal campur
Secubit biji sawi 
1 tangkai daun kari
Sedikit minyak untuk menumis
***guna jintan manis&putih utk ganti herbal campur kalau takdak. Pakai serbuk pon Ok, anggaran 1/2 sk
Cara-cara
  1. Larutkan serbuk kari daging dengan 5sb air panas
  2. Dalam periuk, masukkan bahan-bahan yang perlu ditumis. Tumis sehingga naik bau kemudian masukkan kentang, daging, dan bancuhan kari
  3. Bila kari dah mula kering, masukkan 1 cawan air, asam keping/air asam jawa kemudian perlahan api. Jangan letak terlalu banyak asam, nanti masam pulak gulai kiteww.
  4. Masukkan cili yang dibelah, kalau suka tomato campak jaa dalam tuu
  5. Kalau air dah pekat sangat tapi kentang tak masak lagi, masukkan lagi air sedikit. Masak sampai kentang dah sangat lembut, nanti senang nak penyek dengan cakoi.
  6. Dah nampak kuah dah makin pekat, baru taruk garam, gula dan perasa tambahan. Jangan taruk awal-awal. Kacau perlahan sampai garam n the geng hilang dari pandangan, baru tutup api

Hidang dalam mangkuk kecil, senang nak main celup celup dengan cakoi. Walla!
Ayayayaaa sudah siap mehhh. 
Simple dan sodap. Memang sangat sesuai untuk makan petang sambil rileks, wat lek wat pis. Tak pon buat untuk breakfast, ikot suka laa time bila-bila pon, janji perut bergendang gendut suka hati ihiks!

Oklah itu saja perkongsian miss harini. Kalau ada umo panjang, insyallah miss try resepi yang lebih mencabar lagi. Jangan lupa follow miss di instagram, SHAFRINA KU SHAARI

tatatatataaaaaaa
 Spread your loves! XOXO

Assalamualaikum

Monday, 22 August 2016

RESEPI PETOLA TUMIS AIR

Assalamualaikum

Selamat petang de bunniesss. 2 hari lepas miss ada buat petola tumis air, menu orang malas haha taktau nak masak apa dah. Buat yang simple jer. Jadi macam biasa lah miss nak payung resepi petola tumis air

Bila cakap pasal petola tumis air, teringat waktu puasa dulu, umi buat sayur ni. Serius sedap, banyak kali jugak cedok sayur petola ni hehe.

 Tengok cara umi masak simple ja, main tumbuk-tumbuk lepastu campak dalam kuali. Kalau ikot teknik mak miss, segala bawang tu hiris nipis dulu, bukan ditumbuk, pastu baru taruk dalam kuali, ahhh too much step u knowww.

Cara umi lebih simple dan lagi sedap. Sempat jugak belajar resepi ayam percik hihi. Sempoi sangat cara umi masak, tup tup dah jadi, sedap pulak tu. Ekceli masa tu miss tak betah lagi, masih kekok kat dapur umi, sebab teknik umi dengan mak lain. Kalau stay 2 3 hari lagi, dah boleh follow cara umi masak. Hikhik

Jom kita check bahan-bahan
Bahan-bahan 
2 batang petola *terserah nak potong macam mana
2bawang merah *ditumbuk
2bawang putih *ditumbuk
Segenggam ikan bilis/udang kering *ditumbuk
1 isi ikan kembung *buang tulang & ditumbuk
1 cili merah *dipotong menyerong
Sedikit belacan *optional
Air secukupnya
Garam dan perasa tambahan

Cara-cara 
  1. Tumbuk semua bahan yang perlu ditumbuk. Kalau ada belacan, masuk tumbuk sekali
  2. Masukkan air, kemudian campak semua bahan yang dah ditumbuk tadi. (isi ikan kembung taknak letak pon takpa).
  3. Masukkan petola dan masak sampai air mendidih. Kalau tengok petola dah bertukar warna gelap sikit, masukkan cili dan boleh tutup api
  4. Kemudian perasakan dengan garam dan perasa tambahan. 

Siap!
Menu yang simple dan sihat. Sesuai untuk orang diet, ada protein dari ikan semua lengkap, perfecto. Kalau nak cepat or malas nak masak, boleh try resepi ni. Hehe

Selamat mencoba!
Oklah itu saja perkongsian miss harini. Kalau ada umo panjang, insyallah miss try resepi yang lebih mencabar lagi. Jangan lupa follow miss di instagram, SHAFRINA KU SHAARI

tatatatataaaaaaa
 Spread your loves! XOXO

Assalamualaikum

RESEPI LABU MASAK LEMAK KUNING

Assalamualaikum

Aloyaiii de bunnies, sama macam entry yang lepas, kali ni miss nak paww resepi masak lemak lagi. Tapi versi up to date cikit. Alaa tambah kunyit cikit je hikhik. Tapi resepi ni sangat terhad bahan dia. Tak sampai 5 bahan pon, 3 bahan utama labu kuning (opkos), santan dan air. 

Yang ni resepi miss, kalau orang lain mungkin taruk macam-macam lagi. Dengan miss semua guna bahan yang simple jep. Bahan orang kampung hehe.

Bahan-bahan
2 cawan santan (1/2 kelapa *diparut ambik putih)
1 cawan air (lebihkan sedikit)
1 labu saiz sederhana *buang biji & potong kecil
2 Cili merah *dibelah 2
Sedikit serbuk kunyit (anggaran 1sk)
Garam dan perasa
Cara-cara 
  1. Blend kelapa parut dengan sedikit air, agak-agak air ½ cawan.
  2. Tapis air santan dan perah kelapa parut dengan tangan. Ulang sampai habis naa
  3. Sediakan periuk, masukkan 1 cawan air dan labu. Rebus sampai air mendidih, masukkan santan.
  4. Perlahankan api kemudian masukkan cili merah, serbuk kunyit dan garam serta sedikit perasa. 
  5. Bila labu dah masak, biarkan mendidih kejap then tutup api.

Siap! Walla!
 OMGGGGG senang sangat debab weyy. Superb yummeh!

. Plisss try plissss.. konpem cik abe sayang banyok-banyok. Bukan susah pon, kena try buat dulu, baru tauuu betapa mudahnya nak masak labu masak kuning ni, kan???

Selamat mencoba!
Oklah itu saja perkongsian miss harini. Kalau ada umo panjang, insyallah miss try resepi yang lebih mencabar lagi. Jangan lupa follow miss di instagram, SHAFRINA KU SHAARI

tatatatataaaaaaa
 Spread your loves! XOXO

RESEPI AYAM BAKAR BBQ TERBAIK!

Assalamualaikum

Ada yang nak buat camping? Family day? Sambut birthday kawan? Bercuti dengan keluarga? Ataupun terliuq ayam perapan steamboat? Jeng jeng jengg alkisahnya miss nak berkongsi resepi ayam atau daging perisa BBQ. Taknak sembang merapu dahh..

Jom kita selak, ada dak bahan-bahan ni kat dapur?
Bahan-bahan
1 ekor ayam or 1.5kg daging
3 bawang besar/holand *diblend
6 bawang putih *diblend
½ ibu jari halia *diblend
½  ibu jari lengkuas *diblend
4 serai *3 batang diblend
3sb cili kisar *diblend
3sb sos lada hitam / biji lada hitam *ditumbuk dan blend
1 Gula kerek/nisan ataupun ¼ cawan gula merah + sedikit air
Sedikit garam
1sk serbuk jintan manis
1sk serbuk jintan putih
1sb serbuk ketumbar
Cara-cara
  1. Ayam dibersihkan lalu kelar sedikit bahagian yang tebal 
  2. Masak gula merah/gula kerek/gula nisan dengan sedikit air sampai larut.
  3. Masukkan kesemua bahan yang diblend bersama air gula merah tadi (kecuali garam, serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar). Tambah sedikit air kalau blender payah nak kisar. Blend bahan-bahan biar kasar sedikit, jangan terlalu hancur.
  4. Masukkan dalam periuk dan tuang diblend tadi bersama serbuk-serbuk dan garam.
  5.  Masukkan ayam/daging tadi. Masak sampai kuah pekat dan angkat. Jangan dimasak pulak ayam tu.
  6. Calit bahan perapan di lidah dan balancekan rasa manis, masin, rempah ratus BBQ. Lepastu baru perap ayam semalaman. Tutup bekas dengan plastic cling atau bekas kedap udara untuk pastikan aroma BBQ tak terkeluar.
  7. Sediakan tempat membakar dan sedia untuk untuk membakar. 
  8. Letakkan ayam/daging di atas grill kemudian sapu lebihan perapan. Boleh sapu sedikit santan dan dititik dengan 1 batang serai untuk rasa sedikit berlemak. Jangan letak banyak santan naa. Nanti jadi rasa lain pulak

****** kalau takdak serbuk ketumbar or adik beradik jintan, boleh pakai biji dia. Tapi perlu disangai tanpa minyak dulu. Maknanya, panaskan biji-biji tersebut dalam kuali. Kacau jangan sampai hangit pulak, kemudian masuk dalam blender. Kalau pakai serbuk tak payah  tuang dalam blender.

****** 1/2 ibu jari tuu tau tak macam mana nak measure? Senang saja, tengok ibu jari kita yang comel tuu, ada 3 garisan kan? ½ ibu jari tu maknanya ukuran dari atas ibu jari sampai ke garisan pertama. Paham betul-betul. That’s called ½ thumbprint. Hikhik suka hati jerr buat sukatan sendiri 
Boleh taruk sedikit mentega untuk bagi effect shining. Just 1 sudu kecil saja. Sebab taknak kacau rasa BBQ.

1/2 ayam yang dah siap dibakor. Yummm! 

See? Senang sangat. Kalau tak cuba, tak kan tau. Try buat yang ni kat bakal mak mentua, shuwerrrr minggu depan bawak rombongan merisik. Hikhik 

Oklah itu saja perkongsian miss harini. Kalau ada umo panjang, insyallah miss try resepi yang lebih mencabar lagi. Jangan lupa follow miss di instagram, SHAFRINA KU SHAARI

tatatatataaaaaaa
 Spread your loves! XOXO

Assalamualaikum

RESEPI PADPRIK DAGING LAZAT DAH MUDAH

Assalamualaikum

Masa sebelum puasa haritu rajin sangat buat paprik. Terbayang time belajaq kat POLISAS, nasik putih, paprik plus telur dadar pehh terbaikkk! Peberet tuhh hehe. 

Miss suka makanan ala-ala siam. Lain dari yang lain, aroma serai, limau purut pastu dengan pedas masam-masam tu, sangat-sangat kena dengan tekak ni. Sapa laki yang kacuk siam tu boleh kot try berkenalan, kot-kot berjodoh. Boleh aii belajar resepi masakan Thai dari mak mentua. Hikhik 

So let’s do it!
Bahan-bahan
2 cawan daging *dipotong
½ lobak merah*dipotong
2 kelopak bunga kobis *dibelah
1 cili merah *hiris menyerong
Bahan-bahan sos paprik
3 bawang putih *dicincang
5sb sos cili
2sb kicap pekat
3 sb sos tomato
2sb sos tiram
2 serai *diketuk
5 daun limau purut
½ air limau nipis (boleh letak 1 biji kalau kurang masam)
1 bawang holand/besar *dibelah 4 dan buang kepala umbut supaya jadi kepingan 
7Cili (kuantiti terpulang) *diketuk
3/4 cawan air
Minyak untuk menumis 

Cara-cara 
  1. Tumis bawang putih dan serai sehingga bawang mula bertukar keperangan.
  2. Campak semua karot, isi ayam. Kacau sampai daging start bertukar warna solid.
  3. Masuk segala jenis sos diatas dan baling cili yang dah diketuk
  4. Tuang air dan biar sos mula mendidih lepastu campak, bunga kobis, bawang besar yang dibelah 4, dan cili merah. Sesekali kacau sikit agak-agak bunga kobis dah lembut.
  5. Lepas tu tuang air limau nipis/limau kasturi. 
  6. Balancekan segala rasa paprik dengan tambah garam, gula dan perasa tambahan. Adjust rasa biar kena dengan selera memasing. Kalau nak tambah lagi sos apa-apa, tambah jep. Yang penting mulut korang rasa sedap.
  7. Ramas-ramas daun limau purut untuk keluarkan aroma dia then masuk dalam paprik. Kacau dalam 7 kali round, baru tutup api. 

Hidang dengan nasik panas-panas lepastu ada telur dadar memang pehh pengsan!
Walla!

Rupa PADPRIK airtangan iolss. Letak timun sebab bunga KOBIS habis. Hahahaa 

 Selamat mencoba!
Oklah itu saja perkongsian miss harini. Kalau ada umo panjang, insyallah miss try resepi yang lebih mencabar lagi. Jangan lupa follow miss di instagram, SHAFRINA KU SHAARI

tatatatataaaaaaa
 Spread your loves! XOXO

Assalamualaikum

RESEPI KOBIS MASAK LEMAK

Assalamualaikum

Halooo de bunnies. Kali ni miss nak payung satu lagi resepi sayur yang sangat simple dan pantas. Resepi kali ni menggunakan santan yaa. Tak payah tumis dengan bawang ke hapa, campak je semua. 

Ekceli sayur masak lemak ni senang sangat, masak pon cepat. Jangan takot bermain dengan santan naa, bila dah terer buat sekali, shuuwerr nak buat versi lain, labu masak lemak kuning ke, lomak cili padi ke. Terserah. Tapi masak lomak cili padi tu lain cikit. Yang tu next entry lah ye. Nak tulis panjang-panjang bukan hengko rajin nak mentelaah, kan?

Bahan dia mudah je nak dapat, terserah la nak buat masak lemak sayur sawi ka, kubis ka, carrot dengan bunga kobis kaa, taugeh kaa, pucuk paya pantai ka pucuk ubi kaa haptuyuh (panjang naww aku list). Ok?

 Tapi kali miss nak payung kobis dengan karot. Anak-anak buah hantu karot, kalau nampak karot, haa hat tuuu laa dia korek dulu hihi
Miss hajo step by step lah ye. Kot ada orang yang baru nak bermanja dengan santan hehe

So let’s do it 
Bahan-bahan
2 cawan santan (½ biji kelapa) *diparut
½ kobis *hiris sederhana besar
½  karot *dipotong bulat-bulat
1 cili hidup merah *dihiris serong
1 bawang putih dan merah *dihiris nipis
½ cawan air untuk blend
¾ cawan air untuk masak
Perasa dan garam

Cara-cara 
  1. Blend kelapa yang diparut dengan sedikit air. Agak-agak je air tu dalam ½ cawan. Kalau cikit air payoh pulerk blender nak kisar. Kalau terlebih air, cair pulak santannya. pepandai lah yer.
  2. Dah blend, ambik penapis and tapis air santan. Yang lebihan kat atas penapis tu jangan pi buang pulak. Perah dengan tangan sampai terkeluor air santan, lepastu buang hampas yang dah diperah dalam tong sampah
  3. Ulang step no.2 sampai habis hampas. 
  4. Masukkan ¾  cawan air then campak karot dulu. Biarkan mendidih dan karot makin lembut.
  5. Masukkan santan dalam periuk, kemudian campak kobis, cili merah, bawang putih, bawang merah, garam dan perasa.
  6.  Haa kat sini kena bijak ye, kalau api kuat santan akan pecah macam susu basi, so guna lah api yang hidup segan mati takmau.
  7. Kacau sampai kobis dah masak, karot dah lembut, boleh laa tutup api.
Taraaa dah siap! Senangkan?
Makan dengan ikan bakar, pastu ada ulam timun cicah dengan sambal belacan pedas-pedas, walla!
Kecuq ayaq luiq chek makkk.

 Selamat mencoba guysss!
Oklah itu saja perkongsian miss harini. Kalau ada umo panjang, insyallah miss try resepi yang lebih mencabar lagi. Jangan lupa follow miss di instagram, SHAFRINA KU SHAARI
tatatatataaaaaaa
 Spread your loves! XOXO

Assalamualaikum

Sunday, 21 August 2016

RESEPI POPIA SIRA PEDAS MANIS

Assalamualaikum

Munshi-munshi de bunniesss. Hari tu masa raya tak sempat nak buat popia bersira, ramai anak cucu balik kampung, takdan nak ligan. Biskut pon buat awal seminggu sebelum raya, dapat jugak makan biskut made in home hehe. 

Payah nak buat masa pendekar-pendekar kerdil balik, mau berterabur segala mak nenek kat dapur tu. Time nak masak bukak posa, orang kalut nak masak depa pon 2x5 kalut beratur  berdiri atas kerusi, nak tengok masak apa. 

Lanni raya pon dah lepas, pendekar pon sibok kat rumah memasing, so this time boleh laa miss berganyang masak yang berat-berat. Kalau ada depa, alamat berperang laa kat pantry tu, tak pasai keluar suara jantan ai hahaha.

Jadi, miss pon dah rilex sesambil layan irama hujan, miss nak payung satu resepi kudap-kudap yang mudah dan sedap. Popia bersira pedas manis. Sangat simple tapi perlukan sedikit masa. Hehe 

Jom cekidout!
Bahan-bahan
Kulit popia (dibelah 4)
1 pencucuk sate
1sb tepung gandum + 2sb air (untuk gam kulit popia)
Minyak untuk menggoreng popia (deep fry)
4sb Cili kisar (ikot kuantiti popia)
1 bawang putih (dicincang)
1sb cuka
4sb gula
1sk garam
1 ½ cawan air
2sb minyak
Cara-cara
  1. Bentang kulit popia yg dibelah 4, letak kayu pencucuk sate di hujung bucu dan gulung popia. Lekatkan hujung bentuk segi 3 dengan air tepung gandum dan gunting ikot saiz yang sesuai. 
  2. Ulang sampai banyak mana kuantiti popia yang kita nak
  3. Goreng popia dengan minyak yang panas. Make sure dalamnya masak, kalau tak popia akan liat. 
  4. Untuk sira, masukkan sedikit minyak then masuk cili kisar. Ikot kuantiti popia yang digoreng, kalau banyak tambah lagi cili kisar.
  5. Masukkan 1 ½ cawan air. Biarkan mendidih sekejap, pastu campak bawang putih yang dicincang, cuka dan 2sb gula bersama sedikit garam.
  6. Masak sampai rasa cilli kisar dah bertukar jadi rasa sambal. Kalau masih rasa cili kisar dan air makin pekat, tambah lagi ¾ cawan air.
  7. Kacau sampai sambal bersira dah mendidih dan makin pekat. Calit sedikit dan rasa, kalau ada penambahan perasa, gula atau garam, topup secepat mungkin. Api sederhana yaa.
  8. Masak sambal bersira ni agak makan masa naa. Untuk bagi pekat dan pastikan cili kisar betul-betul dah masak. Kalau tak, sambal akan rasa macam cili kering.
  9. Sambal kena pekat sikit ye sayang, kalau cair nanti popia akan cepat lemau. Dah berapa kali aku ulang pekat, pekat. Kalau tak jadi jugak, i hate u bunniess!.
  10. Bila dah pekat (again pekat), tutup api biarkan dalam 3minit then masukkan popia yang dah digoreng tu. 
  11. Kacau sekali lagi, biar sambal tu sebati dengan popia, lepastu cepat-cepat angkat. Miss suruh tunggu 3-5 minit untuk pastikan suhu sambal dah kureng siket. Kalau masih panas-panas then trus campak popia, nanti popia cepat lemau.
  12. Lepas sejukkan popia bersira, baru letak dalam balang atau dihidang panas-panas.
Do i looked sexy or spicy?

Rangup, pedas, manis, masin and specialnyaaa dari air tangan sendiri. Walla! 
Waduhhhh sedap nyaa makan sambil kunyah depan TV, tak sedar dah habis sebalang hikhik.

Selamat mencoba. 
Oklah itu saja perkongsian miss harini. Kalau ada umo panjang, insyallah miss try resepi yang lebih mencabar lagi. Jangan lupa follow miss di instagram, SHAFRINA KU SHAARI

tatatatataaaaaaa
 Spread your loves! XOXO

Assalamualaikum

RESEPI SPAGETI AGLIO OLIO SIMPLE

Assalamualaikum

Selamat malam de bunnies, harini baru ada mood nak menaip hehe. Dah boring taktau buat apa, khorjer pon takdak, lepastu asyik ternak lemak ja kat rumah, so miss manfaatkan dengan tulis blog hihi. Kali ni miss payung resepi yang ikot suka ekau laa nak baling apa, janji sedap.

Spageti aglio olio ni sangat simple, tak payah mintak tolong tokwan gugel pon ekceli. Sebabbb benda alah ni main campak jer. Tak perlu bahan yang khusus. Janji ada spageti then seafood, lepastu goreng. Simple.

Miss tak guna banyak bahan, Cuma guna cili kering yang digoreng. Kat rumah takdak stok chili flakes jadi pepandai jer buat ala-ala cenggitu jugerk hehe. Kalau p domino slalu pau banyak-banyak chili flakes dia pastu bawak balik rumah hakhak.  

Sukatan ni depend on berapa banyak spageti yang kita nak pakai, pepandai agak ye sayang. Kalau ramai nak melantak, taruk banyak cikit bahan, kalau setakat 2-3 orang tuu, cukup ala kadar je.

Oklah  taknak dah berleter banyak, kuceng kat sebelah hajak bobokkan dia.
 So let’s do it
Bahan-bahan (spageti)
Spageti/angel hairs/macaroni/spiral
Air secukupnya (untuk rebus spageti)
1sb minyak masak
Secubit garam
Cara-cara
Rebus kesemua bahan. Guna kuantiti air yang banyak, api maksimum. Jangan overcook spageti tu. Nanti lembik dah tak sedap, biar ada rasa kenyal-kenyal cikit. 

Bahan-bahan (aglio olio)
1 1/2 cawan udang/sotong (dibuang kulit)
1 bawang holand (potong dadu)
4 bawang putih (dicincang)
1sk lada hitam (ditumbuk halus)
5 cili kering (goreng dulu sampai garing then hancurkan)
1 tomato (potong dadu)
2sb mentega/olive oil/minyak masak (untuk menumis)
 capcium / cili padi (dihiris ikot suka)
garam, perasa
***** kalau ada ayam kisar ke cendawan ke serbuk oregano, lada sulah ke apa-apa yang boleh ngam dengan spageti ni, campak je. Janji ikot tekak korang, ok?
Cara-cara
  1. Tumis bawang holand sampai warna bertukar jernih atau separuh masak, kemudian masukkan bawang putih. Bawang holand and bawang besar ni lambat masak dari bawang putih, kalu taruk serentak, nanti bawang putih cepat hangit. 
  2. Lepastu masukkan seafood, udang/sotong/scallop atau apa yang sesuai, ayam kisar ke masukkan aja, I told chiuu resepi ni main campak jep. Hehe
  3. Masuk cili kering yang dihancurkan atau chili flakes bersama dengan tomato and capcium or cili padi untuk pedas. Kalau ada cendawan ke apa-apa, boleh taruk sesiap.
  4. Lepastu perasakan dengan garam dan perasa tambahan dengan lada hitam or serbuk-serbuk optional (lada sulah/oregano etc),
  5. Masukkan spageti yang siap rebus lepastu kacau sikit bagi sebati. Jangan kacau lama sangat, nanti spageti overcook pulak. 
Ok siap. Taraaaaaa.
Walla!
Kalau ada spageti pastu malas ya Rabbi nak masak, ni penyelamat korang termasuklah aii skali. Hikhik.

Bukan susah pon nak masak, janji rajin masuk dapur. Tu je, resepi boleh main bedal, yang penting….. time tengah masak, rasa dulu makanan yang kita buat, sedap ke idok, lepastu baru hidangkan kat mak ayah, suben ke anak-anak ke boyfie ke sapa-sapa. Time masak je boleh adjust, bila dah hidang dalam pinggan mangkuk, memang tak boleh buat apa dahh.

Ok? Selamat mencoba!
Oklah itu saja perkongsian miss harini. Kalau ada umo panjang, insyallah miss try resepi yang lebih mencabar lagi. Jangan lupa follow miss di instagram, SHAFRINA KU SHAARI
tatatatataaaaaaa
 Spread your loves! XOXO

Assalamualaikum

RESEPI DONUT GEBU TANPA ULI

Assalamualaikum

Munshi-munshi de bunniesss. 
Malam-malam macam ni baru ada mood nak tulis blog hehe. Mak miss memang pandai masak, kalau dia buat donut, ya ampunnnn gebusss gila. Tekstur dia yang lembut gebu kat dalam, pastu rasa manis yang lembut gemalai, ditambah ada rangup sikit kat luar tuu, pehhh thorrbaikk!

 Sekarang ni turun ke miss pulak, suka main doh. Hekhek. Geram bila habis gayang doh, sapu dengan minyak cikit, doh jadi gebu anjal macam untot baby. Sebelum perap, sempat lagi tampar-tampar doh tu. Eee geram sangat!

So berbalik pada tajuk, miss nak payung satu resepi donut gebu, tanpa uli. Kalau rajin nak uli, boleh jep teruskan menggayang doh. Tapi kalau yang masih amateur, boleh guna kaedah yang miss bagi ni. Janji ikot resepi ni sebijik-sebijik. 

Baru menjadik!
Jom kita check bahan-bahan
Bahan-bahan (yis)
½ paket yis segera (kering)
1 ½ sb susu pekat manis
½ cawan air suam panas (100ml)
1sb gula pasir
Cara-cara 
Campur semua bahan kat atas dalam cawan dan biar 10-15 minit sampai yis kembang berbuih

Bahan-bahan (kering)
2 cawan tepung gandum (200gram)
1 sb marjerin cair/minyak masak/olive oil
1sk baking powder
Secubit garam
Cara-cara 
  1. Campur semua bahan kering, ramas-ramas sedikit.
  2. Then masukkan campuran yis yang dah kembang, masuk sikit-sikit sambil gaul rata. Tuang sampai habis dan gaul sampai sebati. (Part ni kalau yang dah terer uli, boleh sambung uli doh. Tapi kalau yang teragak-agak nak uli, boleh perap terus).
  3. Adunan memang lembik dan melekit, jangan tambah tepung naa, nanti donut jadi keras tak gebu dah.
  4. Tutup bekas dengan kain putih dan perap selama sejam. Perap doh di tempat yang suam-suam panas, selama 1jam -1jam 30minit.
  5. Dah perap, nampak doh naik menggemok, segera tumbuk-tumbuk doh untuk keluar angin. Ingat manusia je ke yang boleh kentut, doh pon boleh ok? Tumbuk sampai angin asmara doh keluar~
  6. canai doh setebal 1 inci atas tray/dulang. Lepastu boleh laa terap donut. Terap guna alat acuan donut ke, buat bentuk bulat ke, apa-apa ker, tak kisah. Haptuyuh dear
  7. Dah siap bentukkan donut, rehatkan donut selama 30 minit. Masa ni donut mengembang lagi. So make sure, jarakkan donut memasing.
  8. Lepastu boleh laa goreng. Pastikan minyak betul-betul panas dan guna api sederhana ok? Kalau tak nanti dalam tak masak. (Masa menggoreng, donut mengembang sedikit lagi, jadi jangan letak banyak donut dalam kuali.)
  9. Dah habis goreng cecepat golek dengan gula kastor atau gula pasir yang dikisar halus. Kalau donut dah sejuk, gula dah tak berapa melekat.
Siap!
Hidang dengan teh O panas, apa nak kata chek oiii.. meqercikk!

Miss bagi resepi klasik donut dengan gula. Kalau nak advance lagi, boleh tukar letak coklat  or cheese or whipping cream dengan buah ke, tak kesah. Haptuyuh ok dear?Kalau ikot resepi ni sebijik sebijikk gerenti donut menjadi dan sangat gebusss!

Selamat mencoba!
Oklah itu saja perkongsian miss harini. Kalau ada umo panjang, insyallah miss try resepi yang lebih mencabar lagi. Jangan lupa follow miss di instagram, SHAFRINA KU SHAARI

tatatatataaaaaaa
 Spread your loves! XOXO

Assalamualaikum

RESEPI SANDWICH TELUR SARDIN

Assalamualaikum

Teringat dulu time rehat kat sekolah teknik alor star (ASTECH) slalu beli sandwich telur sardine, rasa dia hmm boleh tahan laa hehe. 

Lepastu semalam kak tetiba bagi cedangan nak makan sandwich macam ni. Bahan-bahan pon senang nak jumpa, dah siap beli terus buat. Kali ni miss pawww resepi mudah ni ye, kuantiti menu sesuai untuk 4-5 orang ngap.

Let’s go!
Bahan-bahan
1 bungkus panjang roti gardenia
Timun (optional) *hiris nipis
Tomato (optional) *hiris nipis
Salad 

Bahan-bahan (sardine)
1 tin sardine kecil
1/2 Bawang besar *potong dadu
2 bawang putih *dicincang
1 asam keping atau Sejemput asam jawa (dibancuh dengan sedikit air)
Garam, gula, perasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis 

Cara-cara(sardine) 
  1. Tumis bawang besar sampai separuh masak, then campak bawang putih.
  2. Masuk semua sardine dalam kuali, hati-hati naa part ni sardine sedang meletop. Perlahankan api untuk kurangkan percikkan bom 
  3. Masukkan asam keping/ air asam jawa dan hancur-hancurkan ikan sardine tu. Tambah sedikit air dan masak sampai pekat betul. Kalau cair nanti roti berair pulak
  4. Masukkan kembar tiga –garam, gula dan perasa tambahan. Kacau sampai kembar tiga ni larut then rasa dulu. Kalau ada terkurang terlebih cecepat adjust. Lepastu baru boleh tutup api. Ketepikan dan sardine cooldown

Bahan-bahan(telur)
2 biji telur saiz A (3 biji kalau saiz kecil) *direbus 
Air secukupnya *untuk merebus
1sb planta/marjerin (room temperature)
2 sb mayonis
1 cubit biji lada hitam *ditumbuk halus
Sedikit serbuk lada sulah

Cara-cara(telur)
  1. Rebus telur dengan air selama 10 minit. kemudian kupas telur.
  2. Keringkan telur dari segala air (miss pakai towel tissue). Dah habis lap, telur tu belah tengah
  3. Masukkan planta/marjerin lembut dan mayonis dalam bekas telur. I know ebribadi loveeeee mayoniss. Tapi untuk kes ni jangan terlajak letak, karang berair pulak telur tu.
  4. Hancur-hancurkan telur dengan garfu sampai barai then masukkan lada hitam dan lada sulah. Kacau sebati, ketepikan.

Cara-cara(sandwich)
  1. Potong tengah roti, dan bahagikan kepada dua bahagian (miss belah jadi bentuk segi tiga). Nampak berseni siket hikhik
  2. 1 bahagian sapu sardine dan 1 bahagian sapu telur.
  3. Lepastu ambik salad, timun n tomato letak atas roti then papppp! Kepit kedua-dua roti tersebut. Jadilah sandwichesss!
  4. Ulang sampai habis. Siap!

Sedia untuk dihidang!  
Menu yang sangat kenyang dan mudah nak buat. Bahan pon senang nak jumpa, kedai runcit berlambak. Tak macam lemon, cream cheese, whipping cream, sume tu agahh boleh jumpa kat pasaraya besor jerr

Resepi ni sesuai sangat kalau buat time bekpes tak pon bila-bila rasa nak makan. Pandai manage tugas dan masa, lagi cepat boleh ngap.

 Oh ya miss tak bakar naa roti tu. Malas. Hahaha lagipon tak brapa gemar roti bakor. Kalau de bunnies suka jenis terbakor-terbakor tu boleh laa rerajin kepit roti dalam toaster. Iolss jenis nak cepat, cepat makan cepat buat kerja lain, yedok?? 

Ok? Selamat mencoba!
Oklah itu saja perkongsian miss harini. Kalau ada umo panjang, insyallah miss try resepi yang lebih mencabar lagi. Jangan lupa follow miss di instagram, SHAFRINA KU SHAARI

tatatatataaaaaaa
 Spread your loves! XOXO

Assalamualaikum

RESEPI POPIA SATAR

Assalamualaikum

Selamat pagi de bunnies. Masa praktikal kat JHEAIK dulu, ada sorang Ustaz ni rajin beno bawak popia satar jamu kami suma makan. Sedap, popia satar dari ganu. Den pulak hantu popia, memang kena laa. Bila dah habis praktikal, miss try buat popia satar pulak.

First time nehh buat, selama ni beli kat paso je. Tapi kat pasar malam, satar jenis terbakor dengan daun pisang. Miss ni ekcelii bukan jenis rajin sangat nak buat banyak kerja. Ko hengat senang ker nak kait daun pisang, potong daun, layur atas api, lepas tu bungkus satar? Aduduuu banyak keja beb. Lagi satu kena cucuk-cucuk daun pisang dengan lidi pulak. Ehh memang tak kuasa la aku nak berperang dengan suma tu.

Jadi, jenis pemalas namateyy macam iolss ni akan cari jalan paling simple, tak banyak step dan sodap. So terbitlah idea untuk buat popia satar. Sedap ok? dengan popia rangup tu makan panas-panas, lepastu cicah sos, apa nak kata braderr, tersungkur ni’mat hehe. Sapa tak pernah try and nak cuba benda baru, pliss try this recipe.

Bahan? Opkos senang & mudah dapat. Dengan miss insyallah semua boleh buat. Miss guna 3 ekor ikan kembong saiz agak besar, boleh dapat dalam 30++ biji popia. Haa tanjat? Banyak kan? Hehe. Boleh guna jugak ikan selayang, ikan parang, ikan bilis ke. Terserah. Oreng puyteh katew ‘haptuyuh’.

So lets do it 

Bahan-bahan
3 ikan kembong gemok *rebus sekejap je (2-3 minit) 
1 ½ cawan kelapa parut *ambik putih saja
3 cili kering *rebus & buang biji
7 cili padi (terserah kuantiti, suka pedas tambah lagi)
1 batang serai *hiris nipis
4 bawang merah *belah 4
1 bawang putih *belah 2
Sedikit halia 
3sb air asam jawa
Sedikit garam, gula dan perisa
Antara bahan-bahannya

Cara-cara  
  1. Buang segala tulang yang ada pada ikan. Tujuan rebus sekejap ni sebenarnya nak memudahkan kerja pengasingan tulang and bagi ikan masak sedikit. Tapi miss terlupa step ni, terus buang tulang pastu baru rebus. Cerdik lahaiii~ Setengah resepi satar guna ikan mentah, tapi miss tak shyuuker hee
  2. Tumbuk ikan sehingga betul-betul halus dan masuk dalam mangkuk
  3. Lepas tu tumbuk serai, bawang merah, bawang putih , cili kering rebus, cili padi, dan halia. Kalau lesung batu tak muat, repeat sampai habis. Tumbuk bagi hancur. 
  4. Serai jangan letak banyak, cukup 1 batang saja, kalau banyak jadi macam makan serai pulak. Sama jugak dengan halia. Guna kuantiti yang minimum ok?
  5. Lepastu, tumbuk kelapa parut sampai habis lumat. Gaul kesemua bahan, baru tambah air asam jawa, garam, gula dan perasa.
  6. Balancekan segala rasa, paling penting ikot tekak memasing. 
  7. Sediakan kulit popia, dan lipat macam gambo kat bawah, ok?
  8. Dah siap, boleh laa goreng. Guna api sederhana kuat naa. Kalau api turbo nanti popia tanjat hangit jadinya. 
Angkat dan hidang dengan sos. Miss pakai sos cili life ja. Malas nak buat sos sendiri. Ya ampunn malasnyaa haku! Hahahhaha

 Main celup-celup dengan sos Walla! (miss tambah sikit air panas dalam sos bagi cair siket, baru sedap nyicah hehe)

Senangkan? Tak payah bazir beli kat luar. Miss buat satar versi kaler oren merah cikit sebab letak cili kering, kalau taknak satar kaler merah, tak payah letak cili kering pon takpa., satar akan jadi kaler putih. 

Cara balutan POPIA. Simple kan?

Lepas digoreng. Im falling in lafff!
Miss letak isi satar sikit jaa, sebab tu boleh dapat banyak. Kalau letak banyak-banyak tak sedap, kurang rangup popia tu. Apa pun haptuyuh la, yang penting apeee anak-anak? “Ikot sedap tekak!” Bagusss clap your butt hehe

Selamat mencoba!
Oklah itu saja perkongsian miss harini. Kalau ada umo panjang, insyallah miss try resepi yang lebih mencabar lagi. Jangan lupa follow miss di instagram, SHAFRINA KU SHAARI

tatatatataaaaaaa
 Spread your loves! XOXO

Assalamualaikum

RESEPI PIE SHIPHERD MUDAH

Assalamualaikum

Bollaaa bolli~ pie shepherd, dengar nama macam susah jaa nak buat kan? Tapi jangan risauuu, simple ja sebenarnya. Dengan miss semua benda jadi mudah, dan insyallah menjadi, itu yang penting. Pie shepherd ni macam macaroni bakar je sebenarnya, lebih kurang laa. Cuma gantikan macaroni dengan kentang lenyek dan beberapa ingredient lain.

 So, bila buat resepi ni, akan dapat 1 lagi resepi baru, iaitu resepi kentang lenyek. Semua golongan boleh makan, dari baby, kanak-kanak, remaja, orang dewasa, makbapak sampai laa ke opah moyang semua tu boleh telan. Sebab tekstur dia gebu lembut dan tak pedas. Pie ni tak susah pon, Cuma guna banyak bahan, nak lagi sedap, letak banyak topping.

Miss pernah buat 2 kali pai ni, yang pertama versi lembut dan kedua versi crunchy sikit. Tak dak beza pon dua-dua bahan ni, cuma kalau nak rangup kurangkan kuantiti kentang, itu jaa.
 Miss tak pakai blender or mixer, work out pakai tangan jer, tapi make sure kentang tu dah betul-betul lembik, baru sonang nak lenyek-lenyek hee. 

Senang kan? 
So let’s do it!

Bahan-bahan kentang lenyek(Pai) 
5-7 kentang saiz sederhana
1/2 cawan fresh milk
2sb mentega (suhu bilik)
1sk serbuk lada sulah
1 1/2sk biji lada hitam ditumbuk halus (terpulang kuantiti)
Secubit garam
Air untuk merebus kentang

Cara-cara:

  1. Buang kulit kentang dan dipotong dadu saiz sederhana. Rebus dengan kuantiti air yang banyak sehingga kentang betul-betul lembut, tapis kentang.
  2. Lenyek kentang dengan mentega dan masukkan susu sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan garam, lada hitam dan serbuk lada sulah. Lenyek sampai tak berketul dan lembut berkrim macam kentang putar KFC tu.
  4. Ketepikan. Masa untuk inti pulak

Bahan Sos pizza
500g ayam/daging kisar (guna ayam/daging biasa or sosej/burger pon ok)
1 bawang holand/bawang besar (potong dadu)
2bawang putih (cincang halus)
3 tomato (dipotong dadu) 
Segenggam cendawan butang *optional (belah 4)
1 cawan Kacang panggang *optional
¾ carrot (dipotong dadu)
1 sb serbuk lada hitam
1sb serbuk lada sulah
Secubit garam dan perasa
1sb tepung jagung (bancuh dengan 1cawan air)
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih dan holand sehingga naik wangi. Masuk daging kisar atau pon sosej/burger (ikot suka potong macamana pon).
  2. Masukkan carrot dan cendawan butang. Masak sampai carrot dah agak lembut. 
  3. Masukkan tomato, kalau takdak boleh guna tomato sos atau tomato puree macam prego ke. Lepastu masukkan kacang panggang. Kalau ada daun parsli ka ketumbar ka campak cikit
  4. Tuang bancuhan tepung jagung. Kalau takda, guna tepung gandum pon boleh, itsokayyy.
  5. Masak sampai pekat then masukkan garam, lada hitam lada sulah beberapa serbuk optional macam oregano kaa, baling sikit dalam inti. Bila dah nampak pekat likat, tutup api. Jangan sampai terlalu kering pulak.
  6. Panaskan oven dalam 200c selama 10 minit.
  7. Oles sedikit mentega di Loyang atau bekas aluminium. Masuk kentang lenyek dan ratakan dengan blakang sudu or spatula. Jangan tuang semua. Simpan setengah jap lagi nak guna untuk cover inti.
  8. Lepastu masukkan inti. Ratakan semua atas kentang tadi. 
  9. Tuang semua kentang lenyek atas inti dan ratakan sekali lagi 
  10. Untuk perfect colour, ambik satu kuning telur bersama 1sb air dan sedikit pewarna kuning. Campur biar sebati then sapu atas kentang tadi. Boleh buat corak gores-gores macam miss buat ni. Pakai garfu je. 
  11. Masuk dalam ketuhar suhu 200c dan bakar selama 30 minit saja.
  12. Sejukkan dan hidang! 

Senang tak? Atas ranggup bawah lembut memang perfect sangat lah. 

Haa kan dah dapat satu resepi baru buat kentang putar. Nanti kalau nak buat kentang putar ala kepci, search jaa sos black pepper dia. Insyallah nanti miss try masukkan entri kentang putar pulak naa. Cukup lah untuk harini. Miss nak rehat-rehat dengan tuceng hitam pulakk. hikhik

Semoga berjumpa lagi chubby bunny sekalian, Selamat mencuba! Jangan lupa #resepilesungpipit di INSTAGRAM
Tataaaaaaaaaaaa 

Spread your loves! XOXO

Assalamualaikum